TANAMAN kekal subur dan menghijau jika rutin penjagaan dan penyelenggaraan diberi perhatian sepenuhnya.
Penggunaan baja dan jadual siraman yang sesuai antara langkah terbaik bagi memastikan tanaman sentiasa segar.
Baja kompos berasaskan tulang ikan dan kulit udang dikatakan sesuai untuk menyuburkan bunga ros.
Langkah berkenaan ialah dengan hanya menumbuk baja itu hingga lumat sebelum dikeringkan.
Pastikan ia benar-benar kering mengelakkan kewujudan perosak yang membahayakan bunga ros berkenaan.
Seterusnya anda perlu menabur baja berkenaan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Sungkup atau gembur baja kompos yang ditabur pada permukaan tanah bagi membantu mikro organisma tanah menyerap bahan berkenaan.
Uniknya tanah yang digembur baik untuk pertumbuhan dan membantu meningkatkan tumbesaran tanaman.
Pertumbuhan pucuk dan tunas lebih sihat dan subur dapat dihasilkan sepenuhnya menerusi penggunaan baja berkenaan.
Air cucian beras bukan sekadar menghilangkan bau hanyir ikan, tetapi juga sesuai dijadikan bahan siraman pokok bunga.
Ia juga membantu tanaman ros di taman anda berbunga segar dan menyerlahkan variasi bunga warna menarik.
Air basuhan ikan yang disiram pada tanaman pula berupaya menyuburkan tanaman.
Ini kerana unsur dan kandungan dalam organ ikan itu memberikan kesan positif pada tanaman.
No comments:
Post a Comment