ciput - ciput mengusha

09 June 2009

ramai yg ingin kenali islam slps 9/11

BAGI sesetengah pihak, dengan meluasnya stereotaip dan tanggapan yang salah mengenai Islam terutama selepas peristiwa 9/11, ramai mahu mengenali agama itu lebih dekat.

“Anda mendengar banyak perkara buruk mengenai Islam dan ini mendorong saya mempelajari agama itu,” kata Jacquelyn Harper kepada seorang negarawan Amerika.

Harper, sebelum ini seorang ahli tempat pengakuan dosa cawangan gereja Lutheran, ternyata mendapat rahmat da ripada stereotaip itu kerana membangkitkan keinginan me ngenali Islam.

Menurutnya, selepas membaca buku berkaitan Islam, tidak berlaku sama sekali situasi sedemikian.

Kajian Amerika Syarikat baru-baru ini, mendedahkan ma joriti rakyat Amerika mengetahui sangat sedikit mengenai Islam dan mempunyai pemikiran negatif terhadap Muslim, yang dianggarkan lebih daripada tujuh juta.

Pusat kajian The Pew Research Center for the People mendapati pandangan mengenai Islam di kalangan ma syarakat sebahagian besarnya disebabkan kesan pengaruh media.

Ketua Kesatuan Reformasi Judai (URJ), pergerakan Yahudi Amerika yang terbesar, menuduh media dan ahli politik merosakkan imej Islam dan menggambarkan Muslim sebagai ‘bersifat syaitan’.

Seorang ahli akademik terkenal Amerika Syarikat, Stephen Schwartz, mengkritik media Barat kerana gagal menemui cabaran terhadap laporan mengenai isu Islam dan Arab selepas serangan 9/11.

Harper, 25, memeluk Islam Januari lalu dan menyatakan keputusan itu memberikan tindak balas dalam kehidu pannya.

“Saya mula membaca buku (mengenai Islam) dan buku yang saya baca amat bermanfaat.

“Ia mengejutkan saya. Inilah apa yang saya rasa dan percaya.”

Baru-baru ini, Harper menyempurnakan kursus bagi mual laf dan bukan Muslim di Pusat Komuniti Muslim Austin Utara, selama lapan minggu.

Kursus itu membabitkan pelbagai topik, merangkumi ibadat puasa, asas sejarah kebudayaan, kod pakaian dan per kahwinan mengikut perspektif Islam, sekali gus memberikan penjelasan sebenar kepadanya mengenai Islam.

Harper turut merancang menambah lebih banyak aspek berkaitan agama barunya di dalam kehidupan harian secara perlahan-lahan, termasuk berkaitan pemakaian hijab.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...