APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!
Assalamualaikum..
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai
renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April,
seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya
'pandang kebarat'.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula
dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada ,
Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang
tentera-tentera Kristian..
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors)
terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati
dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr
Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu
bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan
selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka
dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut
merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk
melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk
bertolak.
Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua
barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk
menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk2
Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki
kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya
menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki,
perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang
menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap
tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata
dunia.
Yang
menyedihkan,
orang-orang
Islam yang jahil
mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day
tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang
tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah
akan memelihara kamu ....rawahuttirmizi Illal Liqaq