ciput - ciput mengusha

20 May 2011

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi




RASULULLAH BERSABDA PADA ERTINYA :

Barangsiapa yang memotong kukunya pada :


Hari Sabtu : Nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan masuk ke dalamnya penyakit.


Hari Ahad : Nescaya keluar darinya kekayaan dan masuk ke dalamnya kemiskinan


Hari Isnin : Nescaya keluar darinya gila dan masuk ke dalamnya sihat .


Hari Selasa : Nescaya keluar darinya sihat dan masuk ke dalamnya penyakit .


Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk ke dalamnya kepapaan .


Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk ke dalamnya sembuh daripada penyakit .


Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosa daripadanya seperti baru dilahirkan ibunya dan masuk ke dalamnya rahmat daripada Allah Taala .



Jadi potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya . Walaupun ia hanya kuku tetapi tetap sebahagian daripada tubuh badan kita yang kita perlu hormati .

Misalnya : memotong kuku ada adabnya selain mengikut hari , kita jugak kena buang kuku tu kat tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar .

Macam aku , aku suke buang kat dalam pasu bunga . Dah terbiase dari kecik .
Lagipun memang elok pun buang kat tanah sebab kita pun memang unsur daripada tanah . Jangan buang kat dalam tong sampah pulak , SEKALIPUN tong sampah tu clean and clear .

Lagi satu : potong kuku tu eloklah mula dengan Bismillah dan Selawat keatas Nabi Muhammad dan mulakan lah operasi memotong tu daripada telunjuk kanan sampai ibu jari kanan . Macam gambar kat atas tuh .

Kemudian diikuti dengan jari kelingking kiri sampai ibu jari kiri . Kalau kaki pulak
dari jari kelingking kanan sampai jari kelingking kiri . Ada paham ? .

Itulah sunnah yang paling kuat dipegang sampai sekarang . walapun ada banyak kekhilafannya . Wallahualam .


p/s : tengok tengok betapa indahnya Islam sampai kan kuku pun ada cara untuk diuruskan . Apatah lagi perkara yang lagi besar dari tu .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...