Rawatan alternatif menggunakan lintah hidup sebenarnya sudah lama diamalkan di luar negara, tetapi ia hanya boleh dilakukan selepas lintah itu menjalani proses nyah bakteria bagi menjamin keselamatan pesakit, kata Pakar Terapi Lintah dari Klinik Hirudoterapi dan Pemulihan Australia, Mehdi Jaffari.
“Pengamal perlu tahu lokasi tepat pada badan untuk meletakkan lintah dan antara golongan yang tidak boleh diberikan rawatan ialah wanita hamil, penghidap pneumonia atau yang baru menjalani rawatan kanser payudara (pembedahan dan kemoterapi).
“Justeru, pengamal perubatan alternatif perlu menjalani latihan supaya dapat memberi rawatan terbaik.
“Terapi lintah memang diyakini dapat membantu rawatan pelbagai penyakit, termasuk artritis (sakit sendi), sakit belakang dan leher, mata dan telinga, kulit dan penyakit membabitkan salur darah seperti kanser payudara, sakit jantung, strok dan kencing manis.
“Lebih unik lagi, terapi lintah hidup diibaratkan seperti pembedahan tanpa pisau kerana lintah menghisap darah kotor atau sel kanser daripada badan pesakit dan menghasilkan enzim yang sangat baik untuk proses pemulihan,” katanya.
Kedatangan beliau atas jemputan Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (Pusmal) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) bagi melatih juru terapi lintah.
Program latihan selama 20 hari itu disertai mahasiswa UM dan pengamal perubatan alternatif dari luar negara.
No comments:
Post a Comment